nuffnang ads

Monday, October 18, 2010

VIDEO TENTERA INDONESIA DERA PEJUANG PAPUA TERSEBAR DI YOUTUBE

Seorang lelaki mengacu parang ke muka mangsa, seperti sempat dirakamkan The Age daripada video yang diperolehi menerusi YouTube.

VIDEO memaparkan penderaan dipercayai sekumpulan lelaki dari pihak keselamatan Indonesia ke atas dua lelaki dipercayai penduduk Papua, sebuah wilayah yang diberi autonomi oleh kerajaan Indonesia sejak 10 tahun lalu, tersebar di Youtube.

Salah seorang mangsa berada dalam keadaan bogel, dengan dadanya dipijak sebelah kaki, dipercayai lelaki yang menjadi penyiasat berhubung senjata tertentu yang dicari. Kemudian seorang lagi mengambil sebatang kayu yang hujungnya dibakar, lalu menekapnya ke alat sulit mangsa.

The Age berjaya memperolehi video itu tiga hari lalu, turut melaporkan daripada kata-kata yang didengar, lelaki yang mendera itu dipercayai bertutur dalam bahasa Jawa dan Ambon.

Seorang lagi mangsa dalam keadaan berpakaian penuh, turut didera dengan mulutnya diacukan muncung senjata M-16. Kemudian sebilah parang diacukan di bahagian atas antara mulut dan bibirnya oleh lelaki-lelaki terbabit.

Setakat ini wilayah Papua adalah sebuah wilayah yang dikawal ketat daripada kemasukan media dan mereka memerlukan kebenaran khas jika mahu berada di wilayah itu. Ini kerana kerajaan Indonesia dikatakan berusaha untuk menguasai wilayah yang didesak oleh kumpulan pejuang untuk bebas dari Indonesia.

Bagaimanapun, Australia jiran terdekat Papua mengiktiraf kedaulatan dan hak Indonesia ke atas Papua.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10