nuffnang ads

Monday, October 18, 2010

TUNANG DICULIK DUA LELAKI: SIASAT SEGERA KEHILANGAN ROZALIYA

PASTIKAN ROZALIYA SELAMAT. BERSAMA MENCEGAH JENAYAH. HUBUNGI:09-5132222

Rozaliya hilang dipercayai diculik dua lelaki (Gambar BH)
KEGEMBIRAAN kini bertukar duka bagi seorang lelaki, Mohd Helmi, 24, apabila tunang tersayang hilang dipercayai diculik dua lelaki, ketika sedang menunggunya di dalam kereta berdekatan pejebat tempat kerjanya, Rabu lalu.

Rozaliya Mat Lazim, 20, mulanya keluar bersama Mohd Helmi ke Kuantan, Pahang untuk membeli kelengkapann perkahwinan mereka yang dijangka berlangsung 12 November depan.

Ibu Rozaliya, Sabariah Mansor, 42, berkata pada hari itu anaknya memakai balus hitam dan seluar jeans berwarna gelap menaiki kereta tunangnya untuk ke Kuantan.

Selepas membeli-belah di sebuah kedai barangan pengantin berhampiran Pasar Kuantan, Helmi dikatakan pulang ke pejabatnya di Bandar Baru Cheneh kerana ada urusan penting.

Sabariah berkata, Helmi memberitahunya dia meminta Rozaliya menunggu di dalam kereta berhampiran Pasar Besar Mydin dan berjanji semula kira-kira jam 3 petang.

 "Sebelum itu mereka berdua sering menghantar mesej dan Helmi memberitahu Rozaliya tiba-tiba menghantar dua mesej berbunyi "ada dua lelaki sedang mengekori" dan "abang datang cepat, saya takut". Berdasarkan mesej itu kami yakin dia diculik" kata Sabariah.

Rozaliya terus hilang selepas itu dan tidak dapat dihubungi walaupun Helmi mencarinya sehingga jam 6 petang. Gagal menemuinya selepas puas mencari, mereka membuat laporan polis di IPD Kuantan kira-kira jam 12 tengah malam hari yang sama.

Polis mengesahkan menerima aduan itu dan meminta orang ramai segera menghubungi balai polis terdekat jika mempunyai maklumat mengenai Rozaliya.

Kehilangan ini mesti dipandang serius dan elakkan daripada kemungkinan yang lebih buruk berlaku.

BERSAMA BANTU MENCARI ROZALIYA.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10