nuffnang ads

Thursday, October 21, 2010

TV3 DIDENDA RM50,000 KERANA IKLAN RAYA YANG MENGHINA UMAT ISLAM

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendenda Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) RM50,000 ekoran penyiaran iklan kontroversi Hari Raya "Sinari Lebaran" yang didakwa telah mencemar dan menghina Islam.

Timbalan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Multimedia, Datuk Joseph Salang, berkata denda itu dikenakan sebaik sahaja SKMM selesai menyiasat aduan yang diterima daripada orang ramai, mengikut Seksyen 206(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.
 
Ekoran bantahan orang ramai TV3 telah menghentikan penyiaran iklan itu serta meminta maaf ke atas umat Islam selepas menyedari kandungan iklan itu mengandungi unsur-unsur agama Kristian dan tidak menepati nilai-nilai Islam.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10