nuffnang ads

Thursday, October 21, 2010

DI MANA AMIR, LELAKI YANG AMAT MENGGILAI ROZALIYA??

KEWUJUDAN Amir dalam hidup Rozaliya bukan rahsia. Ibu dan ayahnya juga  kenal dengan lelaki yang dikatakan amat menggilai dan menyukai Rozaliya itu. Dia dikatakan tinggal di Melaka dan masih lagi menuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi.

Amir pernah datang ke rumah bersua muka dan memperkenakan dirinya kepada ayah dan bonda Rozaliya. Hubungan cinta di luar sempadan ini juga diketahui tunang Rozaliya, Mohd Helmi. Malah ketika Rozaliya hilang, ayah Helmi turut mengesahkan anaknya ada pergi ke Melaka, meninjau-ninjau kalau ada Rozaliya di sisi Amir.

Kehadiran orang ketiga dalam mahligai cinta biasanya sedikit sebanyak akan mempengaruhi perjalanan hari depan pasangan kekasih atau tunangan.

Tertanya juga, bagaimana perasaan seorang lelaki kalau mengetahui tunangnya digilai lelaki lain?  Dalam keadaan ini, tentulah kita cuba memahami perasaan Mohd Helmi. Sebagai lelaki tentulah juga hatinya sedikit sebanyak rasa tergugat dan tercabar.

Kini jika benar Amir menjadi punca kekeruhan hubungan di antara Mohd Helmi dan Rozaliya, dia mesti bertanggungjawab. Mengganggu tunangan orang di dalam Islam, bagaimana dan apa hukumnya?

Namun, cinta tiga segi biasanya memerlukan pengorbanan. Lebih dari itu ia menuntut akal berfikir secara rasional. Yang jelas, Rozaliya enggan berkahwin dengan Mohd Helmi. Sebab itu dia melarikan diri. Dan Mohd Hemi pula amat memahami situasi ini. Hatinya telah tawar.

Soalnya, walaupun mereka bukan 'public figure' namun kisah cinta mereka sedikit sebanyak menarik perhatian orang untuk mengetahuinya. Jadi mahu tidak mahu, kisah Rozaliya, Mohd Helmi dan lelaki ketiga, Amir akan terus ingin diketahui orang apa sudahnya.

Soalan yang paling hampir kepada rasa ingin tahu itu ialah, di mana Amir dan apakah penjelasannya apabila melihat sebuah perhubungan cinta antara dua bak retak menunggu belah.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10