nuffnang ads

Thursday, October 21, 2010

PEMANDU TEKSI DIROMPAK DAN DICEDERAKAN

MASUK kali ini, telah tiga kali pemandu teksi di seitar Kuching dirompak dengan modus operandi serupa - menahan teksi kemudian minta dihantar ke penginapan pada sebelah malam, sebelum merompak pamandu teksi berkenaan.

Teksi mangsa ditemui semula pagi tadi
Dalam kejadian terbaru, seorang pemandu 30-an ditahan dua lelaki kira-kira jam 10 malam semalam ketka dia dalam perjalanan pulang menghantar seorang penumpang ke lapangan terbang.

Mangsa bersetuju menghantar kedua-dua penumpang terbabit ke destinasi mereka, iaitu sebuah kondomininium di pusat bandar MJC.

Bagaimanapun, ketika tiba di destinasi lehernya tiba-tiba dipaut dari belakang dan dia diacukan pisau mengarahkan supaya mengeluarkan dompet. Pemandu teksi itu cuba melawan tetapi dia dicederakan. Kedua-dua perompak itu memperolehi RM300 dan sebuah telefon bimbit, sebelum melarikan teksi berkenaan.

Mangsa yang ditolak keluar meminta bantuan orang awam mendapatkan rawatan di hospital. Teksi mangsa berjaya ditemui awal pagi tadi tidak jauh dari tempat kejadian.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10