nuffnang ads

Thursday, October 28, 2010

TULISAN SALBIAH ANI: ANDA MELIHAT DARI SISI YANG BETUL, TERIMA KASIH

GODAM. Salbiah Ani pengarang sastera Berita Harian menulis dari sisi yang betul tentang Little India. Tanpa mahu prejudis ataupun meluahkan prasangka berbaur perkauman, siapalah yang boleh menolak sebenarnya projek Little India di Brickfields yang dirasmikan bersama Najib dan Perdana Menteri India, Manmohan Singh semalam sebenarnya adalah sebuah filem yang mempunyai tajuk lain dan membawa cerita lain.

Jalan cerita Little Brickfields ini jelas amat bersimpang siur ketika semua penonton mengharapkan ia adalah sebuah filem yang berjudul 1Malaysia!

 Kita amat melayani permintaan yang di luar kotak 1Malaysia. Kita tidak pernah bersimpati pada mereka yang tertinggal. Dan nanti mampukah kita menjawab atau memenuhi impian mereka yang tertinggal ini untuk membuka satu kawasan bernama 1Melayu atau 1Jawa atau 1Banjar yang dirasmikan bersama Najib dan Presiden Indonesia.

Dengan wang dileburkan sebanyak RM35juta untuk projek Little India, apakah kita juga bersedia mengeluarkan peruntukan serupa untuk 1Melayu?

Perlu diingat, hasrat mahu melihat Little India menjadi antara kawasan pelancongan adalah sama dengan hasrat mencantikkan ChinaTown di Jalan Petaling, sebelum ini. Kedua-dua lokasi itu memberi untung sebenarnya kepada dua bangsa, Cina dan India. Adakah kita juga bersedia mempromosi satu kawsan Little Melayu untuk dijadikan kawasan tarikan pelancongan dan sekaligus memberi keuntungan perniagaan kepada peniaga Melayu?

Demikian nasib peniaga Melayu sebenarnya. Mereka adalah anak dalam kendongan, tetapi susu yang ada diberi kepada monyet, beruk, ungka, mawas, cikah, lotong, orang utan, gorila, chimpanzee dan siamang di hutan! Nasib mereka tidak pernah dipeduli.

Bukan kisah kawasan perniagaan mereka mahu dipromosi secara global sering didengar, tetapi kisah mereka menjual air dan nasi lemak di tepi jalan yang kemudian dihambat penguatkuasa yang selalu dilaporkan!

Apalah malangnya Melayu? Mungkin tidak salah kita ulangi menyebut tafsiran Malaysia itu berkali-kali untuk menjelaskan apa sebenarnya Melayu. MALAYSIA - MALAY bermakna Melayu. SIA- bermakna Rugi. Dan benarlah Malaysia itu tafsirannya MELAYURUGI!

Kekeh rakyat yang berdecit-decit mungkin tidak didengari oleh Najib, memperlekehkan apa sebenarnya 1Malaysia. 1Malaysia benarlah merujuk kepada pengezonan kawasan tempat tinggal dan perniagaan mengikut kaum!

Apabila Salbiah tersentak menerima panggilan seseorang bercerita tentang pendapatnya mengenai Little India, kita juga tersentak mendengar terlalu ramai orang Melayu tersentak melihat betapa sungguhnya Najib merealisasikan konsep 1Malaysianya menerusi Little India.

Harus diingat, hampir semua bandar utama di negara ini telah menjadi ChinaTown dan hampir semua bandar yang penduduknya ramai India seperti di Jalan Datok Klana, Klang telah diiktiraf sebagai Little India. Ditanyakan lagi di mana 1Melayu beb?

1Malaysiakah kita beb kalau yang dibela hanya berpilih-pilih!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10