nuffnang ads

Thursday, October 28, 2010

PESAWAT TERHEMPAS: LIMA PEGAWAI POLIS INDONESIA DIKHUATIRI TERBUNUH

SEBUAH pesawat Polis Indonesia terhempas di Papua jam 5.30 petang waktu Malaysia semalam, dikhuatiri membunuh kelima-lima krewnya yang dalam perjalanan pulang selepas menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Wasior, Papua.

Setakat ini, tiga mayat yang hancur telah ditemui manakala usaha mencari dua lagi mayat di celah bangkai pesawat yang hancur itu sedang dilakukan.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Indonesia, Inspektor Jeneral Iskandar Hassan, dalam laporan dipetik dari Tempointeraktif berkata pesawat jenis Skytruck itu gagal dihubungi ketika jam 5.30 waktu Malaysia.

Menurutnya, lima krew yang dikhuatiri terbunuh ialah pilot, Inspektor Irwan, Inspektor Satu Bayu, Mohamad Amir, Hadrianto dan Aipul Bahri. Pesawat dipercayai terhempas ketika dalam perjalanan pulang di sekitar Nabire.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10