nuffnang ads

Thursday, October 28, 2010

MARADONA BERSYUKUR PAUL SI SOTONG KURETA MATI!

DIEGO Maradona dilaporkan menerusi satu akaun Twitter menghantar pesanan bangga dan syukur di atas kematian sotong kureta "Paul Octopus" kelmarin.

Dengan kata-kata "Paul lah yang menjadi punca kegagalan Argentina pada Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia di Afrika Selatan!", Maradona bersyukur betul. Betul-betul bersyukur di atas kematian Paul.

Tapi Maradona lupa, bukan Paul yang menjadi punca kegagalan Argentina, tetapi kelemahan pasukan itu sendiri yang menyebabkan mereka kempunan menjulang piala keagungan bola sepak dunia itu.

Paul mati di dalam istananya, akuarium yang dibuat khas oleh Habersaun Sea Life Center untuk sotong yang banyak meramalkan dengan tepat keputusan beberapa perlawanan bola sepak Piala Dunia Julai lalu.

Paul yang berusia 2 tahun 10 bulan dijangka 'dikebumikan' esok dan sebuah memorial untuk memperingatinya akan dibuat oleh Habersaun Sea Life Centre.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10