MERAIKAN 20 TAHUN HARIAN METRO
CERITA rogol tidak ada sudahnya di negara ini. Terutama melibatkan golongan remaja belasan tahun yang dikatogerikan sebagai golongan 'hangat'.
Terbaru, polis daerah Setiu, Terengganu menahan tiga lelaki dipercayai 'merogol' seorang budak perempuan 14 tahun. Sementara dua lagi lelaki yang dipercayai turut pernah merogol budak perempuan itu kini mash diburu.
Difahamkan, kes itu terbongkar apabila budak perempuan itu terkantoi dengan keluarganya yang mencari selepas dia dilaporkan bermalam bersama teman lelakinya. Selepas puas dicari, budak perempuan itu ditemui bersembunyi bersama 'rakan kongsinya' di dalam semak.
Selepas ditanya oleh keluarga tentang 'projek' yang dibincangkan bersama rakan kongsinya di dalam semak itu, budak perempuan itu mengaku mengadakan projek hubungan jenis. Malah dia yang berasal dari Kampung Pak Kancil, macam kancil juga, menceritakan 'projek-projeknya' sebelum ini bersama beberapa lelaki lain.
Berikutan itu, keluarganya membuat laporan polis dan selepas dihantar pemeriksaan ke hospital, didapati memang terdapat kesan rogol yang lama.
Bertindak atas laporan itu polis menahan tiga 'rakan kongsi' budak berkenaan dan kini memburu dua lagi 'kontraktor' yang pernah menjalankan usahasama projek maksiat dengan budak itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Shaik Othman dipetik NST mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.