BANYAK pihak memuji tindakan segera Perhilitan membunuh monyet yang dikatakan telah membunuh seorang bayi berusia 4 hari di Seremban, kelmarin. Namun hakikatnya, penduduk mendakwa monyet besar digelar Raja Monyet itu masih hidup. Monyet yang ditembak kelmarin adalah monyet lain yang lebih kecil saizanya daripada monyet yang menyerang bayi berkenaan.
Penduduk di Taman Happy Garden dan Taman Mok Sum, mendakwa mereka melihat Raja Monyet yang mengheret bayi berkenaan ke atas atap masih ada dan dikelilingi beberapa monyet betina!
Seorang pesara kerajaan, Mohinder Singh, juga mendakwa monyet yang menyerang bayi itu adalah lebih besar dari monyet yang menyerang bayi berkenaan.
Katanya, monyet yang ditembak Perhilitan itu adalah 'kera sumbang' kerana sering dilihat bersendirian, berbanding Raja Monyet yang selalu dikelilingi beberapa monyet lain yang menyerang bayi itu.
Semalam, juga penduduk mendakwa Raja Monyet yang pintar dan bijak melarikan diri itu datang dan menyergah wanita yang terserempak dengannya. Dia kelihatan semakin berlagak!
Alahai...monyet...monyet. Kena sumpit dengan Orang Asli baru tahu!