nuffnang ads

Tuesday, October 12, 2010

TERKINI! MAYAT SEORANG JURURAWAT YANG HILANG SEJAK SABTU LALU DITEMUI

MAYAT seorang jururawat, dikenali sebagai Annie, 39, yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ditemui hari ini. Mayat dalam keadaan separuh bogel itu ditemui penduduk di Taman Kingsfisher, Kota Kinabalu dipercayai dihumban ke dalam longkang.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, ACP Tan Kok Liang, berkata siasatan awal mendapati ada kesan kecederaan pada kepala mayat berkenaan.
Pasukan Forensik polis memeriksa kawasan tempat mayat Annie (gambar kecil) ditemui dalam keadaan separuh bogel) di Taman Kingfisher di Sabah (Gambar The Star)

Sabtu lalu, seorang jururawat dilaporkan hilang dan penemuan mayat tadi dipercayai adalah jururawat berkenaan.

Mayat ditemui itu kini ditempatkan di Jabatan Forensik Rumah Mayat, Hospital Queen Elizabeth.

Orang ramai sila salurkan sebarang maklumat berkaitan kes ini ke balai polis terdekat. BERSAMA MENCEGAH JENAYAH

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10