nuffnang ads

Tuesday, October 12, 2010

SYARIKAT KUALA LUMPUR MELAKA EKSPRESS SDN BHD (DELIMA) MOHON MAAF TERBUKA

SYARIKAT Kuala Lumpur Melaka Ekspress Sdn Bhd (Delima) hari ini memohon maaf secara terbuka dan menyampaikan rasa simpati dan sedih di atas kemalangan yang berlaku membabitkan bas ekspress miliknya semalam.

Pengurus Besarnya, Vincent Mah, berkata syarikat amat faham dukacita dan kesedihan yang dialami oleh waris 12 yang terkorban selain lebih 40 yang cedera akibat kemalangan itu.

Menurutnya, berdasarkan kesedihan yang dikongsi sama oleh syarikat terhadap kejadian itu, pihaknya membuat permohonan maaf kepada semua yang terbabit.

Pada masa yang sama, syarikat itu juga menghulurkan sumbangan RM1,000 seorang kepada waris yang terkorban manakala RM500 kepada mereka yang cedera. Semua waris boleh menuntut wang berkenaan di pejabat syarikat itu bila-bila masa dalam waktu pejabat.

Dalam kejadian semalam, bas ekspress Delima yang membawa 40 penumpang terbabas lalu memasuki lorong bertentangan sebelum merempuh sebuah bas milik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan beberapa kenderaan lain mengakibatkan banyak mangsa bergelimpangan dan tersepit.

Syarikat itu boleh dihubungi menerusi talian 06-3371663 atau 016-6621333

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10