nuffnang ads

Sunday, October 17, 2010

TERKINI!!!! LIMA PENJENAYAH DITEMBAK MATI DI INDERA MAHKOTA, KUANTAN.

POLIS menembak mati lima penjenayah antara paling dikehendaki dalam satu kejadian di Indera Mahkota, Kuantan jam 4 pagi tadi.

Ketua Polis  Pahang, Datuk Robiah Abdul Ghani mengesahkannya dan berkata satu sidang akbhbar mengenainya akan diadakan.

Dipercayai polis menembak kesemuanya mati selepas mengejar kumpulan penjenayah itu yang baru sahaja melakukan rompakan di sekitar Beserah.

Laporan TV3 pula menyebut, kumpulan penjenayah itu baru sahaja merompak sebuah rumah kira-kira jam 3 pagi dan apabila terserempak polis mereka gagal mematuhi arahan untuk berhenti.

Mereka kemudian didakwa menyerang polis menggunakan senjata parang dan objek tajam lain, sehingga memaksa polis melepaskan tembakan. Kereta yang mereka gunakan adalah kereta yang dilaporkan dicuri di Cheras pada 2005.

 Polis percaya dengan tertumpasnya kumpulan penjenayah itu, sembilam kes dapat diselesaikan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10