nuffnang ads

Sunday, October 17, 2010

ALBUM BARU PETERPAN AKAN DILANCARKAN MINGGU DEPAN, SEMPENA BEBASNYA ARIEL

PEMBEBASAN Ariel atau Nazriel, penyanyi utama kumpulan Peterpan pada 23 Oktober depan akan disambut dengan majlis pelancaran album barunya. Jurucakap syarikat rakamannya, berkata segala-galanya sudah siap dan kini pelancaran album baru itu hanya menunggu pembebasan Ariel sahaja.

Pembebasan Ariel diumumkan jurucakap polis, Marwoto Soeto semalam. Dia telah ditahan empat bulan atau 120 hari di dalam penjara bagi membenarkan penyiasat meneliti dan mengkaji kes video lucahnya dengan Luna Maya dan Cut Tari.

Selepas 120 hari, penyiasat tidak lagi berhak menahan Ariel lebih lama bagi membantu siasatan kesnya itu. Kes video lucah membabitkan adegan seks di antara Ariel dengan Luna Maya dan Cut Tari menyebabkan pelbagai pihak gempar.

Sehingga kini Ariel masih mempertahankan benang basahnya walaupun realitinya Cut Tari mengakui kepada polis memang video yang tersebar luas termasuk di Malaysia dan Singapura itu adalah rakaman asli melibatkan Ariel dan dirinya.

Hanya Luna Maya sahaja, kekasih Ariel yang masih menyembunyikan pengakuan selingkuh itu daripada pengetahuan pihak berkuasa walaupun didesak berkali-kali.

Sebelum ini Cut Tari  dipetik berkata, dia memang kagum dengan perlakuan ranjang Ariel dan memohon maaf kepada suami dan masyarakatnya dengan pengakuan itu.

Malah difahamkan, Ariel yang ketika dipenjara pernah didekati Abu Bakar Bashier, yang didakwa Indonesia sebagai ketua kumpulan militan Indonesia dikatakan turut menjalinkan hubungan dengan ramai artis lain, termasuk juga peminat yang fanatik. Namun tidak ada pula rakaman seksnya dengan artis lain berjaya disebarkan.

Kelebihan Ariel seperti kata Cut Tari ialah.......

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10