nuffnang ads

Sunday, October 17, 2010

COCA COLA + AJINOMOTO KAEDAH BARU ROGOL GADIS???

DIPEROLEHI menerusi satu siaran dalam laman facebook bahawa polis menasihati golongan wanita, terutama remaja perempuan yang masih muda supaya lebih berhati-hati.

Ini kerana menerusi laporan itu, didakwa minuman Coca Cola yang dicampur dengan Ajinomoto boleh mencipta satu jenis dadah perangsang bagi memudahkan perogol melakukan jenayah seksual (rogol, cabul dan perkosa). Ia juga dikatakan satu kaedah baru digunakan secara meluas oleh perogol untuk memudahkan mereka melampias nafsu terhadap mangsa.

Teknik dan kaedah ini dikatakan turut digunakan dalam kes rogol dan pembunuhan Canny Ong, beberapa tahun lalu dan disebabkan kedua-dua bahan itu amat mudah diperolehi di pasaran kerana ia merupakan bahan keperluan yang menjadi makanan dan minuman seharian, maka penjenayah kini dikatakan semakin mudah memperolehinya untuk melakukan jenayah seksual.

Difahamkan Ajinomoto yang mengandungi monosodium glutamate akan menyebabkan mangsa menjadi pening dan lalok selain berasa diri teruja dan terangsang. Ini akan menyebabkan ruang berlakunya rogol semakin luas.

Dinyatakan juga nama seorang pegawai polis yang amat mengetahui kaedah ini, iaitu ASP Hishamudin Alias. Jika dakwaan ini benar, ia mesti didedahkan segera supaya menjadi ingatan kepada anak gadis dan wanita supaya lebih berhati-hati.

 Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mungkin boleh mengulas kebenaran penyebaran dakwaan tentang kaedah baru digunakan perogol ini di dalam laman facebook untuk kepentingan semua pihak!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10