nuffnang ads

Monday, October 18, 2010

TERKINI: KRONOLOGI MAS SELAMAT LARI DARI PENJARA SINGAPURA PADA 27.2.2008

TIMBALAN PERDANA MENTERI SINGAPURA, Wong Kan Seng, hari ini mendedahkan kronologi bagaimana Mas Selamat, Ketua Jemaah Islamiyah (JI) Singapura dapat meloloskan diri dari Penjara Whitley Road Detention Centre (WRDC) pada 27 Februari 2008 dan selamat tiba di Malaysia.

 Kronologinya begini:

 1.Pada 27 Februari 2008, Mas Selamat telah dibawa keluar dari sel tahanannya ke bilik menukar pakaian daripada pakaian tahanan WRDC kepada pakaian awam kerana akan berjumpa sanak saudaranya. Bagaimanapun, Mas Selamat amat bijak. Dia tidak menukar pakaian penjaranya, sebaliknya dia menyarung pakaian itu dengan dua lapis pakaian lain. Lapis pertama dia menyarung baju Melayu berwarna hijau gelap dan berseluar biru gelap. Kemudian dia menyarung sehelai lagi baju Melayu berwarna hijau cerah dan berseluar kelabu. Maknanya, ketika itu dia memakai tiga lapis pakaian, termasuk pakaian tahanan.

Kepandaian Mas Selamat dan kebodohan dua askar Gurkha punca kejayaan dia loloskan diri dari tahanan WRDC di Singapura pada 27 Februari 2008.

2.Dua askar Gurkha mengiringi untuk pergi ke Blok Lawatan Keluarga. Tapi sebelum itu dia memohon pergi ke tandas. Dia masuk ke dalam salah satu tandas berbentuk kiub yang dia telah kenalpasti sebelum itu mempunyai tingkap pengudaraan yang boleh dibuka akibat kerja-kerja pengubahsuaian. Seorang pengawal mengiringinya ke dalam tandas manakala seorang lagi menunggu di luar kawasan tandas. Dia kemudian menutup pintu tandas empat persegi seperti kiub itu dan menggantung pakaian di atas pintu berkenaa. Dia bijak kerana berfikiran pengawal tahu dia masih di dalam tandas itu selagi pakaiannya tergantung. Kemudian, dia membuka pili air sekuat-kuatnya. Dengan pantas dia membuka tingkap pengudaraan tandas itu dan memanjat keluar.

3.Sebelum itu dia mencampakkan dua gulung kertas tisu tandas ke luar sebagai pelindung apabila dia terjun. Di luar tandas, dia melihat pagar di depan dan sebelah kirinya terlalu tinggi untuk dipanjat. Lalu dia beralih ke sebelah kanan. Dia baling satu gulung kertas tisu ke atas bumbung yang ada di atas pagar berkenaan dan memanjat serta merangkak. Kemudian dia campakkan satu lagi gulung kertas tisu di atas rumput di luar pagar, lalu terjun ke atas gulung tisu berkenaan.

4.Dengan pantas kemudian Mas Selamat berlari ke arah kawasan yang berhutan. Ketika di hutan itu, dia menanggalkan baju Melayu berwarna hijau cerah kerana bimbang dicam atau dikenali oleh pengawal dari jauh kalau terpandang kelibatnya. Selepas itu, barulah dia melarikan diri ke Malaysia.

Hanya setakat itu kronologi Mas Selamat meloloskan diri dari penjara WRDC kerana apabila disiasat bagaimana dia boleh sampai ke Malaysia dia lebih banyak mengunci mulutnya. Namun kini dia terus bernyanyi setiap kali penyiasat menyoalnya mengenai perkara itu.

(Mas Selamat ditahan polis negara kita di Johor selepas melarikan diri dan kemudian awal September lalu dibebaskan dan diserahkan pula kepada kerajaan Singapura)

Menurut TPM Singapura, Mas Selamat banyak memaklumkan rahsianya kepada polis Malaysia tetapi dengan polis Singapura dia terus membisu dan membatu. Satu perkara yang pasti ialah kebodohan askar Gurkha. Mana tidaknya, ketika Mas Selamat menggantung pakaian di atas pintu tandas, pakaian itu adalah pakaian tahanan WRDC, sedangkan dua askar itu tahu sebelumnya Mas Selamat telah pun memakai pakaian awam, iaitu baju Melayu lapis paling luar berwarna hijau cerah. Jangan-jangan kedua-dua pengawal penjara Gurkha itu pun dah dihantar balik!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10