Taufan Super Megi mula berdehem di utara Filipina tadi dan sempat meragut nyawa seorang mangsanya. |
Semua sekolah di kawasan utara Filipina telah ditutup manakala puluhan ribu penduduk yang terdedah kepada bahaya taufan itu pula telah dipindahkan ke Pulau Luzon.
Esok, taufan berkenaan akan mula membatuk di Laut China Selatan selepas menghabiskan masa berdehem seharian di kepulauan utara Filipina sehingga tengah malam ini.
Dipercayai angka korban akan meningkat di Filipina kerana arah taufan itu tidak dapat ditentukan dengan tepat sehingga kini.