nuffnang ads

Wednesday, October 27, 2010

TERKINI KORBAN GUNUNG MERAPI: 15 TERBUNUH TERMASUK SEORANG EDITOR DAN DOKTOR POLIS

SEORANG editor dan seorang doktor polis adalah di antara 15 yang disahkan terkorban akibat letusan Gunung Merapi malam tadi.

Yuniawan Nugroho, editor VIVAnews bersama doktor polis dan 13 yang lain ditemui mati oleh pasukan mencari dan penyelamat di rumah penjaga kunci Gunung Merapi, yang dikenai sebagai Mbah Maridjan.

Rumah menempatkan kubu untuk memantau gunung berapi itu turut musnah, namun Mbah Maridjan terselamat tetapi ditemui dalam keadaan lemah.

Difahamkan, Yuniawan pergi ke rumah itu bagi memujuk Mbah Maridjan segera berpindah bersama beberapa lelaki setempat yang enggan selepas diarahkan pihak berkuasa.

Jurucakap pasukan palang merah dipetik akhbar Indonesia berkata, puluhan penduduk yang berdegil dikatakan mengalami kelecuran terkena debu panas yang berterbangan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10