nuffnang ads

Wednesday, October 27, 2010

BANK RAKYAT UNTUNG RM1.28 BILION

BANK Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.28 billion bagi sembilan bulan pertama berakhir 30 September 2010.

Pengarah Urusannya, Datuk Kamaruzaman Che Mat, berkata keuntungan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 21.5 peratus berbanding RM1.06 bilion pada tahun sebelumnya.

Katanya, peningkatan keuntungan itu secara keseluruhannya adalah hasil daripada peningkatan pendapatan pembiayaan, selari dengan pertumbuhan kukuh baki pembiayaan dalam semua segmen perniagaan bank.

"Dalam tempoh sama, keuntungan bersih adalah sebanyak RM1 bilion berbanding RM743.4 juta pada tahun sebelumnya, melonjak 34.6 peratus atau RM257.6 juta" katanya.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10