nuffnang ads

Wednesday, October 27, 2010

MAK SAUDARA NAMPAK SITI BALQIS DI SUNGAI PETANI, TETAPI TERUS GHAIB

SITI BALQIS MOHD NOR, dipercayai disorok oleh sekumpulan jin di Gunung Jerai, Kedah apabila sepupu ibunya di Sungai Petani, Noraini Ghani, 25, mendakwa terpandang kelibat Siti di depan rumahnya bersama beberapa lelaki semalam.

Bagaimanapun, menurut Noraini, apabila dia memanggil anak saudaranya itu, Siti terus ghaib. Begitu juga dengan beberapa lelaki yang dilihatnya sebelum itu.

Menurut ibu Siti Balqis, Norizan Said, 47, Noraini menghubunginya dari Sungai Petani sebaik sahaja ternampak kelibat Siti di depan rumahnya di Sungai Petani. Noraini dikatakan terbaca berita mengenai Siti sehari sebelum itu di dalam Berita Harian yang menghantar SMS kepada ibunya, memberitahu dia dilarikan jin ke Gunung Jerai.

Norizan berkata, sejak ghaib pada jam 9 malam Ahad lalu, tiada lagi berita diterimanya kecuali SMS yang mendakwa dia disorokkan di Gunung Jerai. Malah ratusan SMS yang dihantar ibunya juga tidak berjawab manakala usaha wartawan Berita Harian menghubungi nombor telefon itu juga gagal.

Sebelum kehilangannya, jin dikatakan mengumpan mereka yang berada di dalam rumah keluarga Siti Balqis apabila menggugurkan gelang besi dan bola berwarna hijau untuk melekakan mereka. Dengan menggunakan modus operandi itu, ahirnya mereka berjaya melarikan Siti Balqis selepas dijaga ketat.

Pandai betul permainan jin ini. Kalau kau gentlejin, pulangkanlah Siti Balqis, wahai jin. Jangan kau ganggu dia dan sesiapa sahaja.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10