PRESIDEN Perkasa, Ibrahim Ali dilaporkan diserang sakit jantung dan kini dirawat di Hospital Pakar Puteri Ampang.
Ibrahim sebelum ini mengaku mengidap kencing manis dan sering mendapatkan ubat untuk mengatasi penyakitnya itu.
Difahamkan juga Ahli Parlimen Pasir Mas itu akan menjalani pembedahan jantung Isnin depan.
Sehingga kini tidak diketahui keadaan beliau.