nuffnang ads

Saturday, October 16, 2010

PELAJAR TINGKATAN EMPAT DITEMUI MATI BOGEL, DIPERCAYAI DIROGOL

SEORANG pelajar perempuan 16 tahun, ditemui mati dalam keadaan bogel dan terlentang di dalam kawasan ladang sawit Rubana, di Teluk Intan kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Dia ditemui orang awam pagi tadi dan pakaian sekolahnya pula dibuang beberapa meter dari tempat mayatnya dijumpai.

M Dirya Barati, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Horley Methodist sebelum ini dilaporkan tidak pulang ke rumahnya sejak pergi ke sekolahnya yang terletak kira-kira lapan kilometer dari rumahnya, awal pagi semalam.

Berikutan kehilangannya itu, ayahnya ketua pengawal keselamatan di sebuah ladang membuat laporan polis kira-kira jam 9 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang, mengesahkan penemuan mayat pelajar berkenaan dan beliau tidak menolak kemungkinan mangsa telah dirogol dan selepas suspek melampiaskan nafsunya, dia dibunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu dengan penuh hormat dipersilakan menghubungi Ibu Pejabat daerah (IPD) polis Hilir Perak atau jika segan atau malu boleh menghubungi talian 05-6212222.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10