nuffnang ads

Friday, October 15, 2010

TERKINI: BEKAS KETUA PENGARAH IMIGRESEN BEBAS TUDUHAN RASUAH

MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan bekas Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Abdul Wahid Md Don, daripada tuduhan rasuah menerima wang tunai bagi meluluskan permohonan visa kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini.

Hakim Rosbiahanin Arifin, ketika membacakan keputusan itu, berkata pihak pendakwaan dalam kes berkenaan telah gagal menunjukkan adanya prima facie terhadap tuduhan ke atas Abdul Wahid.

Abdul Wahid, 58, sebelum ini didakwa atas tuduhan menerima RM60,000 daripada seorang ahli perniagaan, Datuk Low Cheng Hiang, sebagai sebahagian daripada bayaran untuk meluluskan permohonan visa kemasukan 4,337 pekerja Bangladesh ke negara ini.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10