nuffnang ads

Friday, October 15, 2010

PASANGAN SUAMI ISTERI DAN 57 GECKO BERNILAI RM3 JUTA DITAHAN

UNIT PENCEGAH PENYELUDUPAN (UPP) Kedah, menahan sepasang suami isteri, ketika dalam perjalanan masuk ke negara ini kerana dipercayai cuba menyeludup 57 cicak gecko bernilai RM3 juta di dalam sebuah bas ekspress tengah hari kelmarin.

Pasangan berusia 30-an itu, ditahan apabila mengaku membawa masuk gecko yang dimasukkan ke dalam bekas buluh.

Ketua UPP Kedah, Mohd Jasri Othman, berkata sepasukan pegawai UPP membuat pemeriksaan rutin di laluan KIK, Bukit Kayu  Hitam dan menahan sebuah bas ekpsress dari Haatyai ke Kuala Lumpur.

Dalam pemeriksaan itu katanya, pihaknya telah menemui kesemua gecko berkenaan dan apabila ditanya pasangan suami isteri itu mengaku ia milik mereka dan digunakan bagi tujuan perbuatan.

Yang dirampas kelmarin adalah gecko sebesar ini, bukan raja gecko seperti gambar di atas!
Difahamkan, cicak gecko yang beratnya melebihi 300 gram boleh dijual sehingga RM50,000 kerana ia dipercayai boleh dijadikan ubat bagi merawat penyakit Aids.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10