nuffnang ads

Friday, October 15, 2010

15 RAKYAT PAKISTAN DISYAKI PENGGANAS DITAHAN DI YALA SEMALAM

SERAMAI 15 rakyat Pakistan, empat daripadanya disahkan sama namanya dengan senarai ejen pengganas yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ditahan di Yala, selatan Thailand semalam oleh pihak berkuasa negara itu.

Jurucakap Bahagian Keselamatan Dalam Negeri, Wilayah 4, Banpot Poonpian, berkata kesemua ditahan ketika menjalankan kegiatan mengutip dana, dipercayai digunakan untuk kegiatan keganasan, walaupun peringkat awal mereka mendakwa ia untuk mangsa banjir di Pakistan.

Kesemua mereka telah didakwa di mahkamah semalam atas tuduhan mengutip dana secara haram di negara itu bagi tujuan yang mencurigakan.

Bagi mengenalpasti identiti sebenar kesemua yang ditahan itu, pihak berkuasa mengarahkan Institut Sains Forensik Pusat Negara, menjalankan ujian DNA terhadap mereka, bermula semalam.

Pengarah institut itu, Khunying Porntip Rojanasuma, yang juga saksi dalam kes Teoh Boon Hock, berkata ujian DNA telah dilakukan semalam dan hasilnya dijangka diketahui lewat petang ini.

Setakat ini, keempat-empat rakyat Pakistan yang namanya sama seperti senarai pengganas dikeluarkan oleh PBB itu ialah, Imran Muhammad, Nadeem Muhammad, Ilyas Muhammad dan Jahangir Muhammad dan mereka dipercayai adik beradik.

Porntip menjalankan sendiri ujian DNA ke atas 15 rakyat Pakistan disyaki pengganas di Yala semalam.
Sementara 11 yang lain akan diketahui nama mereka selepas keputusan DNA diperolehi lewat petang ini.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10