nuffnang ads

Thursday, October 7, 2010

SUAMI DINGIN, TAPI TOK BOMOH TAK DINGIN. USTAZAH NYARIS DIPERKOSA

BANYAK perkara yang perlu diingat oleh golongan isteri. Salah satunya ialah jika suami dingin dalam hubungan kelamin, jangan sekali-kali cari tok bomoh. Ini kerana itu akan hanya membuka ruang buat tok bomoh menjadi hangat!

Pengalaman seorang ustazah di Kangar, nyaris diperkosa seorang bomoh ketika ustazah berusia 35 tahun itu mendapatkan bantuannnya mengatasi masalah kedinginan hubungan suami isteri, mesti dijadikan iktibar.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang semalam, ustazah itu mendapatkan rawatan daripada bomoh berkenaan di rumah barunya di Bintong. Namun ketika melakukan upacara berubat, bomoh berkenaan meraba-raba alat sulit ustazah terbabit.

Dalam keadaan berperang dengan kekeliruan, nasib baik ustazah itu dapat melarikan diri dan bersembunyi. Bomoh durjana itu pun apa lagi! Cabut lari meninggalkan rumah berkenaan.

Ustazah yang dikatakan berdepan masalah hubungan dengan suaminya sejak sekian lama, kemudian mebuat laporan polis kira-kira jam 4.30 petang hari yang sama di Balai Polis Kangar, Perlis.

Bertindak daripada laporan itu, polis menjalankan siasatan dan memburu bomoh terbabit. Dia berjaya ditahan sejam kemudian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, DSP Ismail Che Isa, mengesahkan ada laporan dibuat mengenai insiden itu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10