nuffnang ads

Thursday, October 7, 2010

MAHKAMAH BEBASKAN LELAKI TELANJANG SAMBIL BERKAWAD DI ATAS BANGUNAN PAPAN TANDA

Sayeed Mehman, bertelanjang sambil berkawad membawa replika senapang sebelum ditahan polis di Perth, Australia.
HAKIM Mahkamah Majistret Perth, Australia hari ini membebaskan seorang lelaki yang didakwa atas kesalahan berkawad dan bertelanjang sambil membawa replika senapang di atas bangunan menempatkan papan tanda gergasi di bandaraya itu.

Mahkamah menerima alasan peguam yang disertakan laporan perubatan menunjukkan Sayeed Mehman, 38, bertindak tanpa sedar kerana didorng oleh emosi dan kesan trauma kerana pernah ditahan bertahun-tahun di penjara sebelum ini.

Dalam kejadian menggemparkan itu, polis terpaksa mengepung kawasan papan tanda gergasi itu selain bertindak menghentikan pergerakan keretapi bagi memudahkan usaha memujuk Mehman turun dan menyerah diri.

Menurut akhbar The Age, peguambela Mehman, Belinda Lonsdale, berkata nasib baik anak guamnya tidak bertindak agresif termasuk mencederakan mereka yang berada di kawasan berdekatan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10