nuffnang ads

Thursday, October 7, 2010

HILANG TELEFON, HILANG DUIT DAN HILANG KAMERA DI WAD HOSPITAL SUNGAI BULOH

SAMA-SAMA RAIKAN ULANG TAHUN KE 20 HARIAN METRO

APALAH nasib seorang pesakit ini. Dulu dia kehilangan telefon bimbit. Dimaafkannya. Kemudian hilanglah pula duit dalam jaket baju yang selalu dipeluknya ketika tidur. Kira-kira RM200. Pun dimaafkannya. Kemudian kamera digital jenis Olympus miliknya yang disimpan di dalam laci di sebelah katilnya pula hilang. Pun dimaafkannya!

Namun bukan cerita maaf yang diberikan mangsa perlu diberi perhatian. Yang perlu dibincang dan difikirkan ialah kenapalah berlaku kehilangan? Bukan sekali. Bukan dua kali. Tapi tiga kali dan kalau diikutkan mahu kerugian kesemuanya mencecah RM1,000!

Kejadian ini berlaku di Hospital Sungai Buloh, salah sebuah hospital kerajaan yang memang diakui terbaik di segi pengurusan dan kaedah rawatannya. Hospital ini memang wajar diberi penarafan lima bintang berbanding hospital kerajaan lain, terutama kalau dibandingkan dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang. Di hospital inilah siswa-siwi perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan beberapa institusi pendidikan perubatan dan kesihatan yang lain dilihat menjalani latihan praktikal mereka. Di sinilah, saya melihat golongan pakar perubatan dalam pebagai bidang, melayan pesakit dengan senyuman!

Namun insiden kehilangan barang milik pesakit seperti yang berlaku kepada seorang pesakit warga emas baru-baru ini tentulah sedikit sebanyak mencalarkan imej kelas pertama Hospital Sungai Buloh. Dan ia menyedihkan bagi pesakit dan waris pesakit kerana kehilangan itu berlaku ketika pesakit berada dalam keadaan yang memerlukan rawatan dan belas kasihan. Nampaknya di tempat yang begitu canggih dan memiliki taraf kelas pertama ini, rupanya masih ada segelintir manusia yang memiliki mentaliti kelas ketiga!

Walaupun insiden kehilangan barang-barang milik pesakit selalu juga dilaporkan di hospital lain di negara ini, namun kejadian itu dianggap oleh pelbagai pihak sebagai 'wajar' berdasarkan taraf dan keadaan di hospital terbabit yang nazak, uzur dan tidak diurus secara profesional.

Barangkali, pentadbiran tertinggi Hospital Sungai Buloh boleh memikirkan sesuatu bagi menangani masalah kehilangan barangan milik pesakit daripada terus berulang. Secara peribadi saya percaya golongan jururawat atau pegawai perubatan tidak mungkin melakukannya. Begitu juga kepada golongan pelawat, berdasarkan tahap kawalan yang amat sistematik dan berdisiplin. Jadi siapa pelaku yang panjang tangan ini? Kita boleh fikir dan nampak akhirnya nanti!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10