nuffnang ads

Thursday, October 28, 2010

SITI BALQIS KINI DI ALAM GHAIB.

MEREKA akhirnya berhubungan tanpa menggunakan talian 012, 016, 013, 019 - interaksi ibu Siti Balqis dengan anaknya itu semalam tanpa nada dering.

Norizan Said berkata, kira-kira jam 1.30 pagi semalam anaknya berinteraksi dengannya memberitahu dia selamat. Sejak hilang Ahad lalu, inilah kali pertama Siti Balqis berinteraksi dengan ibunya, selepas menghantar SMS dia dibawa jin berbulu lebat ke Gunung Jerai.

Mereka berhubungan tanpa wayar dan nada dering. Kata Norizan lagi Siti Balqis memaklumkannya dia dari Gunung Jerai dalam perjalanan pulang dan kini berada di Tasik Banding, Perak dan dijangka kembali ke rumahnya Sabtu ini.

Norizan ada mendail nombor telefon Siti Balqis, tetapi hanya mendengar nada dering lagu Cindai Siti Nurhaliza, namun telefon itu tidak dijawab. Masa yang sama beliau turut memasukkan kredit RM5 ke dalam telefon bimbit anaknya itu kerana bimbang anaknya tidak dapat menghubunginya.

Malam tadi, TV3 menyiarkan kisah Siti Balqis menerusi segmen Misteri Nusantara dan menunjukkan pelbagai usaha dilakukan ustaz Sarhan untuk merawat gadis berkenaan. Segmen yang amat menarik itu mendapat pujian penonton kerana sekurang-kurangnya dapat mendedahkan kaedah rawatan Islam bagi mengatasi penyakit misteri.

Di rumah keluarga Siti Balqis pula, orang ramai dan bomoh dikatakan terus mengerumuni untuk mengetahui lebih lanjut kisah Siti Balqis yang kini dikatakan dibawa ke alam ghaib.

Semoga Allah menjaga kesejahteraannya dan diberi petunjuk di atas segala hikmah yang berlaku ini.

(BERITA HARIAN)

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10