nuffnang ads

Thursday, October 28, 2010

TOLAK CINTA: LELAKI SIMBAH ASID KE MUKA GADIS

RAIKAN 20 TAHUN HARIAN METRO

PADAN MUKA HANG! Sejurus itu lelaki berkenaan mengejek terkekeh-kekeh dan terus memecut motosikalnya!

Demikian cara seorang lelaki membalas cintanya yang ditolak. Dalam kejadian 17 Oktober lalu, lelaki berusia 26 tahun itu, menyimbah asid getah ke muka seorang gadis berusia 21 tahun gara-gara gadis berkenaan tidak bersedia menjadi teman wanitanya.

Wanita berkenaan yag mahu dikenali sebagai Nurulain, berkata sebelum kejadian dia dan ibunya berada di rumah neneknya. Bagaimanapun ketika pulang kira-kira jam 11 malam, lelaki menaiki motosikal itu berjaya mendekati dan menyimbah asih getah. Kejadian itu berlaku berdekatan Taman Cenderawasih Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Selepas menyimbah, lelaki itu mengejek dan menjerit : PADAN MUKA HANG!

Menurut Nurulain, dia mengenali lelaki itu yang pernah beberapa kali mahu berkenalan. Namun semua itu ditolaknya dengan baik kerana dia akan bertunang menjelang Aidiladha ini.

Sebelum kejadian, Nurulain berkata lelaki itu ada menghubunginya menerusi telefon untuk berjumpa tetapi dia menolaknya juga dengan baik. Namun kejadian pada malam 17 Oktober lalu adalah kemuncak daripada impian ganas lelaki itu!

Nurulain tidak menyangka dia tergamak menyimbah asid dan menyebabkan dirinya kecederaan 70 peratus. Paling menyedihkannya, pertunangannya pada Aidiladha ini mungkin terpaksa dibatalkan. Sehubungan itu dia meminta polis segera bertindak menangkap lelaki terbabit.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10