nuffnang ads

Thursday, October 28, 2010

MEKANIK ROGOL KENA 8 TAHUN

SEORANG mekanik di Kota Bharu dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan 15 sebatan oleh Mahkamah Sesyen semalam, selepas didapati bersalah atas tiga tuduhan merogol seorang gadis bawah umur tiga tahun lalu.

Hakim Ropiah Mohamad menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Hafiz Mohd Shukri, 23, selepas berpuas hati dengan kes pendakwaan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Hamizah Ghazali.

Mohd Hafiz dituduh merogol gadis berusia 12 tahun itu di rumah ibu saudaranya pada 14 Disember 2007. Dia juga dituduh merogol murid itu pada 16 dan 17 Disember 2007 di rumah nenek mangsa di kampung yang sama. (BH)

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10