nuffnang ads

Sunday, October 24, 2010

SIMPATI DENGAN KEBAKARAN MELIBATKAN BAS EKSPRESS BUDAYA

ADAKAH benar kebakaran melibatkan 12 bas ekspress Budaya di Kelantan malam tadi perbuatan khianat? Persoalan ini ditanyakan beberapa orang kerana mereka menyifatkan kalau benar ia angkara khianat, tentulah perbuatan itu sesuatu yang amat menyedihkan bagi pemilik bas berkenaan.

Apatah lagi syarikat bas berkenaan dikatakan telah lama beroperasi di negara ini dan banyak menabur bakti, khususnya kepada rakyat di Kelantan.

Bagaimanapun polis difahamkan sedang menyiasat, begitu juga pasukan Bomba dan Penyelamat yang datang membantu memadam kebakaran kira-kira jam 12.30 malam tadi.

Kebakaran itu tentu mendatangkan kerugian yang besar kerana dianggarkan sebuah bas berharga RM500,000. Beberapa penonton perlawanan bola sepak yang pulang dari Stadium Sultan Mohamad malam tadi sempat merakamkan kejadian itu.

Salah satu video kebakaran itu ada di laman Youtube. Lihatlah sendiri betapa besarnya kebakaran yang berlaku.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10