nuffnang ads

Sunday, October 24, 2010

HANYA BAHASA MALAYSIA MAMPU SATUKAN KITA?

DATUK SERI DR Rais Yatim memperakukan bahawa Bahasa Malaysia adalah satu-satunya bahasa yang mampu menyatupadukan rakyat di negara ini. Setuju!

Persoalannya kenapa apabila kita telah sedar dan reti perkara itu sekian lama, kita masih lagi duduk termenung dan merenung bulan bintang di langit gelap?

Kenapa kita tidak berusaha untuk merealisasikan asasnya - memastikan semua rakyat berbilang kaum fasih dan reti berbahasa Malaysia? Kenapa kita tidak berusaha merealisasikan sekolah satu aliran, iaitu sekolah kebangsaan di negara ini?

Tentu barangkali Raja-Raja Melayu boleh setuju hal ini kerana mewujudkan sekolah satu aliran bukan membawa mudarat tetapi bertujuan memberi manfaat! Dan kerajaan atas sebab apa, liat sangat menjadikan sekolah satu aliran satu realiti?

Dalam hal ini kita harus memilih satu - antara sayangkan undi politik atau sayangkan masa depan bangsa Malaysia?

Seperkara lagi tengoklah kemampuan Datin Linda, calon BN bagi parlimen Batu Sapi. Fasihkah dia berbahasa Malaysia? Begitu juga tengoklah pada Tan Sri Zeti Aziz. Di mana dia letakkan martabat bahasa Malaysia?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10