SEORANG rakyat Jepun adalah antara mereka yang cedera dalam kemalangan ngeri bas ekspress Delima yang turut mengorbankan 12 nyawa dan mecederakan lebih 40 yang lain di kilometer 223 Lebuhraya Plus, dekat Pedas, Negeri Sembilan malam tadi.
Lelaki itu kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) bersama 24 mangsa lain yang cedera. Seorang daripada mangsa itu bagaimanapun telah dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana memerlukan rawatan khusus.
Pengarah HTJS Dr Jaafar Che Mat mengesahkannya.