nuffnang ads

Monday, October 11, 2010

UMNO SEMAKIN HILANG YAKIN MEMBELA ORANG MELAYU

UMNO yang konon selama ini mendakwa sebuah parti yang memperjuangkan nasib dan masa depan orang Melayu dilihat semakin hilang kekuatan dan keyakinannya untuk menjadi pembela dan pejuang bagi menjaga kepentingan orang Melayu di negara ini.

Hal ini semakin terbukti apabila ramai ahli parti itu menjadi ahli Perkasa, sebuah badan pertubuhan bukan politik.

Terbaru, apabila bekas wakil rakyat dan exco Selangor yang juga bekas wakil rakyat Umno di Sijangkang, Abdul Fatah Iskandar dilantik sebagai pengerusi Perkasa daerah Kuala Langat. Abdul Fatah masih lagi ahli Umno!

Malah pada majlis yang berlangsung semalam, Abdul Fatah turut menyerahkan sejumlah senarai nama sebahagian besarnya ahli Umno, menjadi ali pertubuhan bukan politik itu.

Sekarang masalah kecelaruan UMNO ialah, parti itu sendiri seperti tidak dapat menyakinkan orang Melayu bahawa ia parti yang boleh menjadi payung kepada orang Melayu.

Jika benar UMNO sebuah parti yang yakin dan kuat untuk orang Melayu, ahlinya termasuk pemimpinnya tidak menggunakan saluran lain untuk menjaga kepentingan orang Melayu.

Kini, hal kecelaruan orang UMNO masuk Perkasa untuk menjaga kepentingan orang Melayu semakin menjadi buah percakapan orang Melayu sendiri. Kata mereka, kalau betul UMNO kuat, ahlinya tidak akan masuk Perkasa untuk menjaga kepentingan orang Melayu!

Semua ini terjadi bukan kerana salah Perkasa, tetapi silap UMNO yang tidak yakin memanfaatkan saluran parti sebagai landasan perjuangan untuk orang Melayu. Akibatnya, orang Melayu terkeliru.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10