DUA hari membelasah bumi Filipina dengan kelajuan maksimum 255 kilometer sejam dan meragut 13 nyawa, hari ini taufan paling digeruni Super Megi, mula bergerak ke arah laut China Selatan, menuju China dan Vietnam.
Dalam tempoh 24 jam, taufan itu dijangka singgah ke tanah besar China dan Vietnam untuk memulakan tugas barunya memusnahkan hutan dan bangunan serta mengintai-ngintai kalau boleh meragut nyawa manusia yang leka.