Berlagaklah pula minah ini konon tawaran yang datang bagai taufan super Megi itu tiada kaitan dengan kontroversi cerita dia mendakwa disetubuhi pendakwah terkenal MZ Zainudin. |
Aida bagaimanapun, menolak sama sekali peningkatan jumlah tawaran yang diterimanya ada kaitannya dengan kontroversi dia dan MZ Zainudin yang telah tersebar meluas di media. Sebaliknya dengan sedikit angkuh dan riak dia berkata, itu semua datangnya kerana bakat. Hanya kerana bakat.
Membidas kata-kata orang lagi, Aida sinis menjawab pertanyaan media bahawa tanpa kontroversi ini pun dia sudah cukup makan dengan pendapatannya sebagai penyanyi dan tidak perlukan apa-apa di sebalik pendedahan dia disetubuhi pendakwah itu.
MZ Zainudin bagaimanapun, sehingga kini masih berdiam dan tidak mahu langsung mengulas dakwaan Aida. Ada sumber di Indonesia percaya, pendakwah itu sedang memohon diberi petunjuk supaya semua masalah yang berlaku ini tidak mendatangkan kerugian kepada semua pihak.