nuffnang ads

Wednesday, October 6, 2010

SEKOLAH BUDAK MENGANDUNG DI MELAKA DAPAT BAYI PERTAMA

SEKOLAH Harapan atau digelar orang sebagai sekolah budak mengandung, menerima keahlian baru pagi Isnin, lalu apabila salah seorang pelajarnya melahirkan anak di Hospital Jasin, Melaka, kira-kira jam 8 pagi.

Bayi lelaki itu, seberat 3.6 kg berada dalam sihat, begitu juga ibunya. Ketua Menteri, Datuk Seri Ali Rustam dengan bangga memberitahu pemberita anak yang dilahirkan itu akan diambil oleh keluarga ibu bayi berkenaan.

Sekolah Harapan dibuka pada 17 September dan belum sebulan dibuka, seorang bayi dilahirkan. Selepas ini tentu semakin banyak harapan untuk budak-budak termengandung melahirkan anak mereka di situ.

Sekolah berasrama ini dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Melaka.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10