SAMA-SAMA MERAIKAN ULANG TAHUN KE 20 HARIAN METRO
PENGARANG Hiburan Harian Metro, Roslen Fadzil melaporkan, artis merangkap pengacara terkenal, Raja Azura atau lebih dikenali sebagai kak Engku sah bercerai dengan suaminya, Adzmin Tan Sri Osman Aroff.
Pasangan itu dikatakan telah bercerai pada 28 September lalu di sebuah mahkamah syariah di Selangor dengan talak satu.
Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan pengesahan dari mulut Raja Azura sendiri dikatakan gagal, kerana telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi.
Sebelum ini akhbar melaporkan rumahtangga pasangan itu bergolak, tetapi Raja Azura sekadar memberitahu ia hanya kocak di dalam cawan dan suaminya yang juga anak bekas Menteri Besar turut tidak dapat dihubungi bagi mengulas desas-desus itu.
Difahamkan juga, Raja Azura bersikap tidak mahu mendedahkan gejolak dalam rumahtangganya kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa, terutama suami, keluarga suami dan keluarganya berhubung krisis rumahtangga yang dihadapinya.
Namun kini, Raja Azura tidak boleh melarikan diri daripada kenyataan dan dia seharusnya dengan hati terbuka mesti memaklumkan bahawa dirinya kini telah sah menjadi ibu tunggal. Kak Engku harus bersedia menerima hakikat walaupun semua orang tahu perpisahan adalah sesuatu yang memeritkan.