![]() |
| Stage Band kumpulan muzik baru bakal membawa lagu Selingkuh Juga, mengandungi kisah selingkuh dan menggunakan nama Ariel, Dhani, Tora, Anang dan Pasha dalam usaha mendapat tempat. Sama-sama kita tengok artis minah Indon ini ke mana sampainya. |
Ini gara-gara di dalam lagu itu memuatkan kisah seorang gadis yang mahu mencari cinta sejati tetapi menjadi mangsa seks beberapa lelaki. Malah untuk mempercepatkan lagi lagu itu muncul penuh panas dan kontroversi, beberapa nama lelaki seperti Ariel, Dhani, Pasha, Anang dan Tora turut dimuatkan sebagai mewakili nama lelaki yang menjalinkan hubungan seks dengan gadis kampung itu.
Menurut vokalis Stage Band, Anggie, memang lagu itu mengkisahkan seorang gadis yang mahu mencari cinta tetapi akhirnya tewas di ranjang bersama beberapa pemuda yang menawarkan cinta palsu mereka. Akhirnya gadis itu terus menjadi bahan mainan.
Tentang penggunaan nama Ariel yang kini masih ditahan kerana berselingkuh dengan Luna Maya dan Cut Tari, Anggie menyifatkannya sebagai sesuatu yang 'nakal' di dalam lagu itu. Pasti lagu 'Selingkuh Juga' bakal menaikkan nama kumpulan pemuzik wanita ini di persada seni nusantara - penuh kontroversi atau sebaliknya!
