nuffnang ads

Sunday, October 17, 2010

RIBUAN ANGGOTA FPI AKAN KEPUNG DAN TANGKAP ARIEL KALAU DIA DIBEBASKAN

Ribuan anggota FPI akan tangkap Ariel jika dia dibebaskan
ANGGOTA Forum Pembela Islam (FPI) Jakarta amat marah mendengar khabar Ariel, penyanyi kumpulan Peterpan akan dibebaskan pada 23 Oktober ini hanya atas alasan polis masih tidak mencukupi bukti kukuh untuk mendakwanya di mahkamah

Ketua FPI Jakarta, Habib Salim Umar Alatas, dipetik detikhot memberi amaran, jika Ariel tetap dibebaskan dari tuduhan terbabit dalam hubungan seks yang dirakamkan menerusi video, ribuan anggota pertubuhan itu akan menghalang, berhimpun dan menyerahkan penyanyi itu sendiri ke mahkamah.

"Bukankah Cut Tari telah mengakui terbabit dalam kes itu. Apakah itu tidak cukup untuk mendakwanya di mahkamah atau apakah penyiasat yang menyiasat kes itu sebenarnya memiliki ijazah palsu?" sinis Salim menempelak berita Ariel akan dibebaskan minggu depan.

Ariel ditahan di lokap polis Indonesia, di Jakarta sejak empat bulan lalu bagi memudahkan pasukan penyiasat menyiasat kes penyebaran video hubungan seksnya dengan Luna Maya dan Cut Tari, sehingga menggemparkan peminat artis itu.

Menurut Salim lagi, DPI amat sedih dan terkejut dengan berita pembebasan Ariel kerana berharap kes itu ditangani secara adil dan bijaksana. Namun kini, terbukti segalanya menjadi di sebaliknya.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10