nuffnang ads

Sunday, October 17, 2010

BANYAK KES KERETA TERBAKAR: UJI SEMULA RON95

TAHUN ini boleh diiktiraf sebagai Tahun Kereta Terbakar! Sejak Januari lalu, hampir 100 kes dilaporkan media mengenai kebakaran kereta, sesetengahnya membabitkan korban dan kecederaan kekal. Itu belum dianggarkan kejadian kebakaran yang tidak dilaporkan, seperti terbakar di tepi jalan dan dibiarkan sahaja oleh pemilik kenderaan!

Banyak pihak sedar tragedi yang sedang berlaku ini. Malah banyak pihak juga cuba membuat rumusan dan kesimpulan mengenai punca kebakaran kenderaan yang dilaporkan meningkat. Namun tiada satu pun rumusan yang boleh dijadikan asas untuk kita memberi fokus penyelesaiannya, kecuali banyak dikatakan orang tentang minyak RON95!

Barangkali kerajaan kena bersikap terbuka terhadap semakin banyak dakwaan terhadap punca banyak kes kebakaran kenderaan kebelakangan ini, adalah berpunca daripada RON 95. Tidak salah ujian, penelitian dan timbang uji secara berkala atau bertubi dilakukan kerana kadang-kala sesuatu kekurangan itu hanya dapat ditemui selepas ia diuji berkali-kali.

Diturunkan di bawah ini sebahagian daripada kejadian kereta terbakar di negara ini:

27 Januari 2010 - Sebuah kereta terbakar dan gagal dipadamkan di Seksyen 7 Shah Alam

29 Julai 2010 - Seorang lelaki tua maut apabila keretanya terbakar dirempuh lori di km 313 Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) pada jam 8.55 malam

14 Oktober 2010 - Sebuah kereta terbakar di km 24.4 Jalan Lingkaran Tengah 2 Ampang, Selangor

14 Oktober 2010 -Sebuah kereta Honda City terbakar apabila melanggar pokok mengakibatkan enam terbunuh di Kampar Perak.

14 Oktober 2010 - Sebuah kereta Honda City terbakar dilanggar Honda CRV di Kuala Lumpur.

 14 Oktober 2010 - sebuah kereta jenis Ford Escape tiba-tiba terbakar di Lingkaran 2, Hulu Klang menuju ke Ampang.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10