nuffnang ads

Sunday, October 17, 2010

BERUANG DI JALAN ULU PANDAN: PHILIPS ELECTRONIC MINTA MAAF

PHILIPS Electronic Singapore, memohon maaf Rabu lalu kerana telah tanpa niat mencetuskan rasa bimbang dan ketakutan di kalangan penduduk di Jalan Ulu Pandan gara-gara  kehadiran seekor 'beruang' yang digunakan dalam satu kempen pengiklanannya.

Inilah beruang yang mencetuskan kegemparan di sekitar Jalan Ulu Pandan, Singapura
Dalam satu kenyataan, syarikat itu menjelaskan 'beruang' yang digunakan dan dilihat oleh ramai warga berdekatan sebenarnya hanyalah maskot bagi pelancaran kempen peralatan pencukur yang dikeluarkan oleh syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, kehadiran beruang itu dikatakan telah menyebabkan banyak penduduk gempar kerana menyangka ia haiwan sebenar.

The Straits Times Singapore melaporkan polis dalam satu kenyataan memaklumkan, pihak berkuasa mungkin menyiasat kes itu mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh didenda S$1,000.

Difahamkan syarikat pengiklanan yang mengendalikan kempen itu tidak pernah memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai penggunaan maskot beruang dalam kempen berkenaan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10