MERAIKAN 20 TAHUN HARIAN METRO
ANGKA kematian akibat banjir besar di daerah Wasior, Papua Barat, Indonesia mencecah 95 orang manakala 76 lagi dilaporkan hilang dibawa arus.
Jurucakap pasukan Palang Merah berkata, pihaknya kini bertungkus-lumus membantu mangsa dan tidak menolak angka korban akan meningkat jika hujan masih berterusan.
Banjir besar itu turut menghanyutkan ribuan rumah dan memusnahkan sebahagian besar ladang petani di daerah berkenaan. Setakat ini Palang Merah berdepan masalah untuk menyalurkan bekalan air bersih dan ubat-ubatan ekoran penyakit yang mula merebak di kalangan penduduk di kawasan berkenaan.
