Dalam laporannya di Ibu Pejabat Daerah Polis Klang jam 3 petang semalam, Muhamad Rahimi mendakwa satu daripada akuan bersumpah itu dipinda dengan memasukkan fitnah yang Perdana Menteri, Datuk Seri Naib Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor terbabit dalam kes itu.
Tindakannya membuat laporan polis mungkin untuk mencari kebenaran, tetapi untuk mencari kebenaran selepas dua tahun tentulah menyebabkan orang ramai menggelengkan kepalanya.
Ada pihak berkata, jika dulu Muhamad Rahimi mendakwa dia melakukannya (menandatangani akuan bersumpah) kerana takut, tetapi kenapa sekarang beliau tidak pula takut.
Pihak yang lain pula berpendapat, jika dulu Muhamad Rahimi boleh melakukan satu pembohongan (menandantangani akuan sumpah palsu) tidak ada sebab juga dia boleh mengulanginya (berbohong) sekarang.
Pihak lain juga berpendapat jika benar dia takut, dia boleh mendapatkan bantuan daripada Perdana Menteri untuk memohon perlindungan sebaik sahaja selesai membuat akuan palsu pada 2008. Kenapa dia tidak melakukannya? Dan seperkara lagi, jika ketakutan dan kebimbangan menjadi punca dia melengahkan aduan polis sehingga dua tahun, kenapa pula sekarang dia berani berdepan penyokong PKR sehingga dihalau ketika membuat sidang akhbar semalam?
![]() |
| Muhamad Rahimi diusir oleh penyokong PKR ketika cuba mengadakan sidang akhbar semalam. |
