MESTI ada yang tidak kena. Selepas pelbagai ikhtiar dan kaedah difikir tidak juga mahu diterima akal, akhirnya tiga pelajar sekolah menengah di Jambi, Indonesia membuat keputusan paling bodoh dalam hidup mereka - buat laporan palsu konon diculik orang!
Tidak sampai 24 jam, pembohongan mereka terbongkar apabila polis yang menjalankan siasatan mendapat maklumat meragukan daripada rakan-rakan sekolahnya. Polis menemui satu kesimpulan, ketiga-tiganya berbohong kononnya diculik hanya kerana tidak mahu disekat oleh keluarga untuk pergi ke Bandung.
Kusnareni Arnela, Dian Monica dan Desri Ariani, kesemua baru mencecah 18 tahun, akhirnya ditahan untuk disiasat polis berhubung laporan palsu itu.Mereka mmebuat laporan palsu semalam, dan petang tadi mereka terkantoi!
Jurucakap polis Jambi, Syamsudin Lubis, berkata mereka boleh didakwa tetapi polis sedang menyiasat kerana tidak ada unsur jenayah dan selebihnya kerana sebagai pelajar mereka melakukan pemalsuan itu untuk kali pertama!
Di negara kita, jangan pula ada yang berani mendakwa kononya diculik. Sedang hakikatnya, ada cerita di sebalik cerita!