nuffnang ads

Wednesday, October 20, 2010

CHRISSY AMPHLETT MENGIDAP KANSER PAYU DARA

BEKAS penyanyi utama kumpulan rock Divinyls, Chriss Amphlett diserang penyakit yang amat ditakuti oleh golongan wanita - kanser payu dara.

MENGHARUNGI SAAT-SAAT GETIR BERTARUNG KANSER PAYU DARA
Selepas mendiamkan diri beberapa tahun di New York, tinggal bersama suaminya, Charley Drypton yang juga bekas pemain dram kumpulan muzik itu, akhirnya Amphlett mengakui apabila dihubungi The Age.

Menurut Amphlett dia kini menjalani rawatan di New York. Walaupun berat berdepan kanser yang sudah dihidapinya beberapa tahun lalu, dia tetap berusaha untuk tabah, selain berterima kasih di atas sokongan moral yang diberikan oleh suaminya secara berterusan.

Kumpulan rock Dinivyls mula hit dengan lagu "Boys In Town and Only Lonely" dan pada tahun 1991 mencatatkan kegemilangan apabila album "I Touch Myself" menduduki takhta teratas dalam carta lagu popular di Australia selain menjadi top 10 di Amerika Syarikat dan Britain.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10