Kehilangan Rozaliya semakin rumit. Ibunya dipatuk ular dan Mohd Helmi pula mempertahankan diri tidak menyembunyikannya. |
Malang menimpa Sabariah tentulah membawa makna dan mempunyai hikmah dalam kes kehilangan anaknya yang dijangka bernikah dengan tunangnya, Mohd Helmi Mohd Noor pada 12 November depan.
Ekoran kesakitan dipatuk ular, sepasukan polis terpaksa datang ke rumah Sabariah semalam untuk mendapatkan keterangan berhubung dakwaannya kehilangan Rozaliya berpunca daripada Mohd Helmi, berdasarkan beberapa keterangannya (Mohd Helmi) yang meragukan sebelum ini.
Di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Kuantan, semalam pula Mohd Helmi tampil memberi keterangannya untuk mempertahankan diri berhubung dakwaan Sabariah yang menuduhnya terbabit di sebalik kehilangnan Rozaliya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Zulkifli Taha mengesahkan Mohd Helmi ada memberi keterangan dan mengesahkan memang dia ada menerima SMS dari Rozaliya sebelum hilang. Dalam SMS itu Rozaliya mendakwa ada dua lelaki mengekorinya dan dia (Rozaliya) berasa takut.
Mohd Helmi yang berasal dari Johor Bahru datang memberi keterangannya di IPD mulai jam 1.30 tengah hari semalam selama hampir dua jam.
Kini isu kehilangan Rozaliya yang dipercayai diculik dua lelaki pada Rabu lalu semakin rumit apabila polis terpaksa berdepan pelbagai keraguan yang meragukan dan bercanggah daripada keluarga Rozaliya dan Mohd Helmi.
Orang ramai tentulah berasa sedikit kecewa dengan apa yang berlaku. Perkara paling penting sekarang adalah mencari Rozaliya. Jika benar dia diculik, usaha mencari dan membebaskannya mesti dilakukan. Jika Rozaliya menghilangkan diri dengan sengaja, tidak ada apa mahu dikatakan lagi kecuali...fikir- fikirlah sendiri!