nuffnang ads

Sunday, October 24, 2010

PLATUN KOMUNIS BERKELIARAN DI HUTAN TEMPLER PARK

AWAS pasangan muda atau pasangan yang berhajat menunaikan hubungan songsang di hutan Rimba Templer Park!

Sebaik sahaja anda melangkah masuk ke beberapa lorong kecil untuk mencari pelabuhan sesuai di hutan kawasan peranginan itu, langkah anda akan dijejaki tapa disedari. Ini kerana beberapa platun 'komunis' sentiasa menunggu kehadiran anda untuk melakukan serangan skodeng mereka.

Platun Komunis nafsu ini dipercayai dianggotai mereka yang telah lama terbabit dalam aktiviti skodeng dengan menjadikan pondok tersorok dan hutan di sebalik batu sebagai lokasi kegiatan mereka.

Bagi pasangan yang pernah menjadi mangsa, mereka mungkin jeran atau trauma untuk melakukan maksiat di kawasan berkenaan tetapi bagi pasangan yang baru tiba buat kali pertama ke situ, lebih baik batalkan sahaja niat buruk anda.

Platun komunis dari batalion nafsu ini dikatakan amat pintar dalam taktik perang gerila mereka apabila kadang kala sanggup membersihkan pondok tersorok yang dibina di hutan peranginan itu bagi menarik mangsa mereka bergumpalan dengan pasangan masing-masing.

Pada masa yang sama mereka akan mendirikan 'semak palsu' dibina daripada tumbuhan pohon senduduk yang dicabut dan diletakkan tidak jauh dari lokasi pasangan bercengkerama sebagai kubu untuk mereka melindungi diri masing-masing.

Apabila mangsa telah termakan umpan, mereka ini akan merakamkan perbuatan jijik pasangan dan dijadikan bahan terbaru dalam koleksi video mereka.

Demikian kegiatan platun komunis nafsu yang berkeliaran di Templer Park. Platun yang sama juga dikatakan ada di beberapa hutan peranginan lain, terutama pada cuti umum atau hujung minggu!

Moral cerita ialah janganlah langsung ada niat untuk melakukan maksiat!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10