nuffnang ads

Sunday, October 24, 2010

AWAS! PENYELUK SAKU SEDANG BERTUGAS DI SIBU

SATU sindiket seluk saku dipercayai dianggotai rakyat Indoneisa dikatakan sedang bergerak cergas di sekitar bandar Sibu.

Pagi ini sahaja, lima mangsa membuat laporan mendakwa kerugian di antara RM10 dan RM30,000 apabila beg tangan yang mereka bawa ketika membeli belah, dibuka tanpa sedar oleh lelaki dipercayai anggota sindiket berkenaan.

Tiga daripada kejadian seluk saku dilaporkan pagi ini berlaku di sekitar Pasar Seni, di Jalan Channel, dan satu masing-masing berlaku di Jalan Market dan Sanyan.

Salah seorang mangsa berusia 40-an, mendakwa dia kerugian lebih RM30,000 apabila wang dan barangan kemas termasuk gelang dan rantai di dalam beg tangannya dicopet tanpa disedarinya ketika membeli belah pagi tadi.

Menurut mangsa, dia sengaja membawa barangan kemas di dalam beg tangannya kerana bimbang meninggalkan barangan berharga itu di rumah berikutan terlalu banyak kes pecah rumah berlaku di taman perumahannya.

Bagaimanapun, dia tidak menyangka pula keluar dari mulut harimau, termasuk akhirnya ke mulut naga!

Seorang lagi mangsa, kerugian RM800 apabila zip beg tangannya dibuka tanpa disedari. Kejadian itu hanya diketahui apabila dia mahu membayar barangan yang dibelinya.

Katanya, sebelum kejadian dia terpandang dua lelaki dipercayai rakyat Indonesia asyik berkeliaran di sekitarnya dalam keadaan orang ramai sibuk. Mangsa pertama juga mendakwa lelaki yang sama turut dilihat mengekorinya sebelum barangan kemasnya hilang.

Seorang lagi mangsa walaupun kehilangan RM10 dalam beg tangannya, tetapi marah kerana turut hilang ialah kad pengenalannya.

Polis Sibu kini dikatakan mula menggerakkan usaha untuk menumpaskan kumpulan penyeluk saku yang dipercayai warga asing itu. (SUD)

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10